Those are some quotes that i get during PU Rahmat lecture.
:"CINTA ALLAH ITU TUJUAN, CINTA NABI ITU JALAN"

"JANGAN PAKSA ANAK-2 UNTUK CINTAKAN KITA,TAPI AJAR ANAK-2 UNTUK CINTAKAN AGAMA,INSYA ALLAH MEREKA AKAN CINTAKAN KITA, KERNA ISLAM MENGAJAR UNTUK CINTAKAN IBUBAPA"

"DAKWAHLAH MANUSIA DENGAN KASIH SAYANG KERANA ITU SENJATA NABI KETIKA BERDAKWAH:" 

"KATAKAN PADA HATI, DEMI ALLAH AKU TIDAK KUAT, NAMUN KERANA ALLAH AKU HARUS KUAT"

"CARI JALAN BUKAN CARI ALASAN"

"ILMU ITU IBARAT AIR, AIR TIDAK AKAN BERADA DI TEMPAT TINGGI, NAMUN IA AKAN BERADA DI TEMPAT RENDAH, BEGITU JUGA DENGAN ILMU"

"PENDAKWAH ITU BUKAN KERJA ORANG BAIK-2, TAPI KERJA ORANG YANG NAK JADI BAIK"
Bismillah ,
Assalammualaikum kalian .pagi tadi saja check twitur , sekali tudiaa #stopislam tgh trending nunn .Terkejut ,terkesima ,sedih, rasa nak gelak pon ada .As i scroll down the timeline (speheking  gituuu) , Ramai non-muslim yang membantah #stopislam tersebut .islam is a religion .terrorism and islam is different ,Kata deme ,banyak lagy lah deme kata .Bagi kata-2 semangat kt org islam .Kat situ husna dah start smiling smpai telinga nun . Proud to be muslim.Thanks to those non-muslim yang support us .May allah bless all of you.
Can u see ?
Kat sini lah terbuktinya akhlak nabi muhammad saw terhadap non-muslim masa baginda masih hidup sampai lah sekarang masih bagi kesan .Tambahan pula dengan kita yang ikut akhlak nabi .Bukan semua non-muslim itu kejam .Jangan salahkan agama yang mereka menganuti .its their religion let them be .
Tapi . .
Rasa terkesan sbb ,bila tenguk kat malaysia ni .hmm paham-2 jelah .antara muslim dan muslim pon boleh bergaduh .Kalau nabi masih ada .Sedih dia tenguk .Penat lelah dia membangkitkan agama islam ,perkukuhkan ukhwah antara umatnya ,makin lama makin luntur dalam kalangan masyarakat .hmm nak sembang sini pon tak larat nak cakap .Biarkan fikiran korang pulak berfungsi sikit ,fikirkan masalah negara kita ni .Jangan asik nak kpop jpop Mpop icecream pop memanjang .Cakna sikit dengan masalah negara ni .Tak dapat nk bantu pon takpa, at least we have the effort to think bout Banglasia ehh Malaysia ni .Haha
Tapi jangan lupa ,senjata mukmin itu adalah doa ! Berdoalah selagi ada hayatmu .Agar negara ini sentiasa dilindungi ilahi .
Thats all . Hehe wallahulam .
Sayang korang kerana allah .

Bismillah, assalammualaikum semua .😊😊

Banyak kang buku i beli . Act buku-2 dah lama diusha kat twitter, tapi belum ada kesempatan nak beli .Alhamdullilah haritu dapat baucer buku , apa lagi kito borong lah kasi habis .Nak simpan buat ade ye dok ? Guna beli bende lain selain buku kang pecah amanah . Muda-2 dah  buat korupsi .Astarghfirullah .

Btw sapa -2  yang ada baucer buku tuh jangan jangan jangan jangan jangan mengada nak tukar dengan  duit ke .Beli fon ke .ape-2 lah selain dari terma dan syarat yang telah diberikan .Tak silap alat tulis pon dlm 15% dari baucer buku sahaja .Buku pulak tuh yg educational lah .Ni beli novel meggi cintan , tidak disarankan ya .

Bila negara nak maju , kalau anak-2 mudanya sudah melakukan korupsi muda-2 ni.Yang tukar jadi duit tuh , kalau yang ditukar bukan jumlah yang sama dgn baucer tersebut maka hukumnya ribaaaa . Hukumnya riba yaa sayang-2 ku . Mana yg dpt jumlah yg sama tuh baguslah . Tapi anda masih melakukan korupsi , sbb pecah amanah .Wallahulam .

Sayang korang kerana allah 💜

Bismillah,

Assalamualaikum, lama tak mencoret kat sini sbb url blog dah hantar kat lect untuk di evaluate plus kebusy-an dengan test yang berduyun-2.

Apa-2 pon insya allah blog ni akan diisi dengan perkara yg diredhainya.:)

Okay ,malam ni nak bagi tazkirah ringkas.Sepatutnya kena kasi masa usrah,tapi usrah cancel.so kita cita kat sini lah ya.

SEMBILAN PEMBAZIRAN TANPA DISEDARI MENURUT IBNU QAYYUM AL-JAUZIYAH.

Ibnu qayyum ni ulama dulu-2 yang banyak juga mengeluarkan buku-2 yang dipakai sebagai rujukan sehingga kini.Nak tahu lebih lanjut sila google sendiri.btw bila korang search kat google nnti kan mesti ada blog-2 yang mengatakan ibnu qayyum ni terpesong,syiah dan sebagainya. Husna pon tak tahu mana satu yang betul,tapi yang penting kita ambil ibrah dari apa yg ulama kita ni nak sampaikan kan naa. hehe :)

1-ilmu pengetahuan (Jika tidak diamalkan untuk jalan allah)

2-amalan (Jika tidak dilakukan dengan ikhlas)

3-kekayaan (Jika tidak dibelanjakan kpd perkara yang manfaat dan diredhai allah.

4-hati (Jika kosong dari kasih kepada allah)  p/s : yang ni mmg kita selalu buat, tidak dapat disangkal lagi menyangkal.Kita letakkan hati untuk kekasih kat dunia selain Allah. Nauzubillahhiminzalik

5-tubuh badan ( jika tidak digunakan untuk beribadah kepada allah)

6-cinta ( jika tidak dicurahkan kepada selain allah atau melebihi cinta kepadanya)  P/s: yang konsep ni dia sama ja mcm yang hati tadi .sbb cinta ni mesti datang hati kan? takkan dari kaki pulak ye dakk.

7-masa (jika tidak diuruskan dengan sebaiknya)

8-akal ( jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama)

9-zikir (jika tidak memberi kesan kepada hati)

Okayhhh, bila kita tenguk balik 9 perkara ni kan , antum-2 semua perasan tak yang kesemua perkara ni menjurus kepada allah.Sudah terang lagi bersuluh spotlight liplap-2, yang apa sahaja yang kita buat tanpa keredhaan allah adalah sia-2 semata-2.Sebab itulah bila g majlis-2 agama ke ape kan, diorang akn cakap "sebelum mulanya program ini,mari kita sama-2 tajdid(perbetulkan) niat kita datang ke program ini supaya allah meredhai kita".Nampak tak permainan dia di sini , niat kita ni penentu segalanya.

Sebab ape eh kena niat krn allah?
Kerana setiap perkara dinilai dari niat.Supaya tak sia-2 lah ibadah antum-2 sekalian alam .Bila tak sia-2 means allah terima ibadah kita.Bila ibadah diterima means dapat pahala, bila dapat pahala insyaallah masuk syurga.
Kan tujuan hidup kita kat dunia ni kan,untuk mengumpul pahala di akhirat nnti.So tajdid niat kita balik, biar allah nampak, hamba aku buat aktivitinya di dunia kerana ingin beribadah kepadaku.Subhanallah ,sweetnya kalau  allah pandang kita macam tu.Insya allah.

Saya terpana dengan tweet seorang hamba allah ni, di kata

"Hidup bukan untuk kawin awal,buat duit,berkerjaya,famous semata-2
  Hidup ini tempat kita tanam sumbangan,
  Hasilnya kita kutip kat akhirat nanti"

Cantik kan ayat ni ? 
Mcm yang husna cakap tadi, hidup ni untuk kita beribadah kepada allah ,sbb dunia kita yang sebenar bukan kat sini,tapi kat akhirat nnti. Jadi kita kena lah tanam banyak2 sumbangan,means beribadah kpd allah bnayk-2 dgn ikhlas.Biar hasil yang kita nak kutip kat akhirat nanti bertambah dan bertambah beratlah timbangan kanan kita .

Macam mana nak ikhlas?
dengan tajdid niat tadi lah.Kita buat untk allah ,nak dpt pujian dari allah,bukan manusia sbb pujian manusia ni sementara dan kadang tuh  tak ikhlas pon,saja ja sembang kencang.

So,in the nutcraker, NIATLAH DENGAN ELOK, Moh kita sama-2 cuba untuk ubah niat kita dari krn manusia ke krn allah.Insya allah,moga allah merahmati antum-2 sekalian alam yang membaca .K genight ,nak tido esuk ade projek presentation.

Sayang korang krn allah <3









Bila org tanya husna ,kau dok mana ,husna cakaplah teluk intan
tanya lagi teluk intan kat mana, husna cakap lah batak rabit.

Batak rabit?? ada ke nama tempat mcm tuh. Asal ganas sngat nama dia.

Ganas kan? wahai sayang ku mmg ada nama tmpt camni, tempat nama janda baik pon ada inikan batak rabit.

Asal batak rabit eh?
well husna dulu pon tertanya-2 .Then one day,husna tanya lah abah ,asal nama batak rabit.Disitulah bermulanya seketul husna mendalami sejarah batak rabit.

Okay,bismillah,lupa nak baca tadi .ampunnnn
Camni ,kesahhnyaa. Batak rabit tuh berasal dari nama orang batak .
Mende pulak org batak ni kan. Orang batak ni org-2 yang kerja di ladang pada zaman dahulu kala.

Nak dijadikan cerita ,seketul orang batak ni buat hal yang membuatkan tuannya marah .So tuan dia suruh lah batak2 yang lain tuk cari seketul org batak ni.Si batak ni dia gelabah, and lari lah dia .lari punya lari (*sambil orang kejor) dia dah tak thu nak lari kat mana dah,maka terjunlah seketul batak ni kat dlam sungai .

Unfortunately, masa dia terjun kat dalam sungai tuh ade pokok-2 apa tah lupa dah, tapi dia tajam lah.Pokok berkenaan telah melukakan telingan si seketul batak ini.Bahasa orang perak , rabit lah telinga si batak ni .Rabit tuh maksud dia macam koyak lah .

Thats why lah nama kampung tuh batak rabit,dek kerana kisah seketul orang batak yang rabit telinganyaa .

        -The end-

Pendekkan cita diaa.Hahaha ,keshahihan cerita ini tidak diketahui wallahulam .

Lagi satu masa abah cita pasal ni, Abah kata kawasan depan rumah husna tuh dulunya sebuah kota and istana dato laksamana mana tahh.HAHA .

jgn percaya sngt cita ni just, selingan kot2 ade orang tanya kan .Sebab abah pon memang suka buat cita dongeng2 ni kat anak2 dia .

That's all entry pada pagi buta ni .see yaa Assalammualaikum

Image result for kampung batak rabit( MASJID BATAK RABIT )



(JAMBAT(jeti) BELAKANG RUMAH HUSNA)
Bismillah,entry kali ni husna nak cerita tentang kisah tabiin pada zaman sahabat dahulu.Please enjoy this entry.luv yaa


Pada suatu hari nabi berpesan kepada saidatina umar dan ali:

'pada zaman kalian, akan lahir di kalangan tabiin seorang insan yg sangat makbul doanya bernama uwais al-qarni.Pergilah kalian mencari beliau dan pohonlah kepadanya untuk mendoakan kalian diampunkan dosa-dosa kalian'

siapakan uwais al qarni ini ye? jeng jeng!!

beliau berasal dari yaman, seorang yang asalnya berpenyakit sopak, seluruh badannya bertompok putih kerana penyakitnya itu.Uwais seorang yang soleh dan terlalu mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh.

Pada suatu hari ibunya mengatakan kepada uwais akan hasratnya untuk mengerjakan haji, oleh itu ibunya meminta uwais untuk mengusahakan agar beliau dapat menunaikan haji dimekah.

Namun uwais ini seorang yang miskin, beliau tidak mampu untuk membeli atau menyewa unta,kerana pada zaman itu kenderaan untuk pergi mengerjakan haji adalah dengan menaiki unta.

Makin lama ,ibunya semakin uzur ,maka dipinta kepada uwais untuk percepatkan prosesnya untuk mengerjakan haji kerana beliau semakin uzur dan masanya sudah tidak lama.

Oleh kerana kebijaksanaan uwais yang dikurniakan oleh allah swt ,uwais mendapat ilham untuk menyelesaikan masalahnya.

Pada suatu hari ,uwais membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan habis menyusu .Kemudian uwais membina sebuah rumah/kandang untuk lembu tersebut di atas sebuah bukit .

Pada petang hari,uwais mendukung lembu tersebut ke atas bukit .Pada malam hari, uwais mendukung lembu tersebut turun dari bukit untuk diberi makan .Perbuatan itu dilakukan setiap hari,sehinggakan org2 kampung melihatnya mengatakan uwais sudah gila kerana memikul lembu tersebut.

Hari demi hari,lembu yang asal beratnya 20kg lama2 membesar menjadi 100kg, badan uwais yang asalnya kurus makin lama menjadi sasa,tangannya menjadi semakin kuat dan berotot asbab memikul lembu tersebut.

Bila tibanya musim haji, ternyata perilaku yang dilakukan uwais itu adalah untuk persediaan beliau untuk membawa ibunya menunaikan haji.Uwais mendukung ibunya dari yaman ke mekah,dibelakangnya terdapat beberapa barang keperluan .Lembu yang beratnya 100kg uwais boleh memikul dengan mudah inikan pula ibunya yang beratnya taidak sampai 50kg.

Sesudah mengerjakan haji, tika dalam perjalan pulang ibunya mengatakan kepada uwais:

"Uwais, apakah yang kamu doa sepanjang dimekah?"

Uwais berkata:

"uwais mendoakan supaya allah swt  mengampunkan dosa2 ibu"

Kemudian ibunya berkata:

"Bagaimana pula dengan dosa2 mu ?"

Maka uwais berkata:

"dengan terampunnya dosa2 ibu, ibu masuk syurga dan ibu redha dengan uwais, dengan izin allah uwais juga akan masuk syurga"

Kemudian ibunya menyuruh uwais berdoa agar penyakit sopaknya itu dihilangkan allah .Namun uwais menolaknya kerana itu seolah-olah uwais tidak redha dan bersyukur dengan ketentuan allah swt.Tetapi ibunya bertegas,jika uwais ingin masuk syurga tunaikanlah permintaan ibunyaa.

Maka uwais berdoa kepada allah,agar penyakit sopaknya dihilangkan atas kehendak ibunya.Dengan kuasa allah swt serta merta allah menyembuhkannya kecuali satu tompok di lehernya kerana beliau mengatakan sopak itu sebagai anugerah dari allah. 

Itulah tanda pengenalan uwais.

Dengan izin allah,saidatina umar dan ali dapat menemui uwais dan doa mereka telah ditunaikan oleh uwais.

Sedihkan kisah ni .Sebak jah masa type ni. mengenangkan sikap diri ni yang hmmmm allah saja yang tahu.Anyway,respect lah kat uwais ni,Subhanallah betapa taatnya uwais kepada allah swt.Sebuah kisah pengajaran yang boleh dijadikan iktibar dalam kehidupan.

APAKAH IBRAH(PENGAJARAN) DARI KISAH INI?


  1. Kita haruslah sentiasa bersyukur dengan nikmat allah.Setiap yangg berlaku pada kita semuanya kerana nikmat .Kesenangan nikmat,Kesusahan juga nikmat 
  2. Kesabaran tunggak keimanan.Besabarlah dengan ujian dimuka bumi ini ,kerana antara ahli2 syurga adalah org2 yang bersabar yang sebenar-benarnya sabar.Bukan kat mulut je cakap sabar ,tapi dalam hati menidakkannya .Astarghfirullah
  3. Kasih kepada ibu dan bapa.Tenguk uwais ni punya lah sayang dekat mak dia ,kita ??? tegur sikit dah melenting( peringatan buat diri juga)


Act banyak lagi ibrah yang kita boleh ambil dari kisah ni.Kita kasi awak2 pikir sendiri yaaa.Tajamkan minda kalian hihi :) 

itu saja entry buat kali ni.Moga memberi bnyak manfaat kepada sahabat2 kita ni yaa.Sayang kerana allah .ukhwahfillah !