uwais al qarni tabi'in yang makbul doanya

by 23:25:00 0 comments
Bismillah,entry kali ni husna nak cerita tentang kisah tabiin pada zaman sahabat dahulu.Please enjoy this entry.luv yaa


Pada suatu hari nabi berpesan kepada saidatina umar dan ali:

'pada zaman kalian, akan lahir di kalangan tabiin seorang insan yg sangat makbul doanya bernama uwais al-qarni.Pergilah kalian mencari beliau dan pohonlah kepadanya untuk mendoakan kalian diampunkan dosa-dosa kalian'

siapakan uwais al qarni ini ye? jeng jeng!!

beliau berasal dari yaman, seorang yang asalnya berpenyakit sopak, seluruh badannya bertompok putih kerana penyakitnya itu.Uwais seorang yang soleh dan terlalu mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh.

Pada suatu hari ibunya mengatakan kepada uwais akan hasratnya untuk mengerjakan haji, oleh itu ibunya meminta uwais untuk mengusahakan agar beliau dapat menunaikan haji dimekah.

Namun uwais ini seorang yang miskin, beliau tidak mampu untuk membeli atau menyewa unta,kerana pada zaman itu kenderaan untuk pergi mengerjakan haji adalah dengan menaiki unta.

Makin lama ,ibunya semakin uzur ,maka dipinta kepada uwais untuk percepatkan prosesnya untuk mengerjakan haji kerana beliau semakin uzur dan masanya sudah tidak lama.

Oleh kerana kebijaksanaan uwais yang dikurniakan oleh allah swt ,uwais mendapat ilham untuk menyelesaikan masalahnya.

Pada suatu hari ,uwais membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan habis menyusu .Kemudian uwais membina sebuah rumah/kandang untuk lembu tersebut di atas sebuah bukit .

Pada petang hari,uwais mendukung lembu tersebut ke atas bukit .Pada malam hari, uwais mendukung lembu tersebut turun dari bukit untuk diberi makan .Perbuatan itu dilakukan setiap hari,sehinggakan org2 kampung melihatnya mengatakan uwais sudah gila kerana memikul lembu tersebut.

Hari demi hari,lembu yang asal beratnya 20kg lama2 membesar menjadi 100kg, badan uwais yang asalnya kurus makin lama menjadi sasa,tangannya menjadi semakin kuat dan berotot asbab memikul lembu tersebut.

Bila tibanya musim haji, ternyata perilaku yang dilakukan uwais itu adalah untuk persediaan beliau untuk membawa ibunya menunaikan haji.Uwais mendukung ibunya dari yaman ke mekah,dibelakangnya terdapat beberapa barang keperluan .Lembu yang beratnya 100kg uwais boleh memikul dengan mudah inikan pula ibunya yang beratnya taidak sampai 50kg.

Sesudah mengerjakan haji, tika dalam perjalan pulang ibunya mengatakan kepada uwais:

"Uwais, apakah yang kamu doa sepanjang dimekah?"

Uwais berkata:

"uwais mendoakan supaya allah swt  mengampunkan dosa2 ibu"

Kemudian ibunya berkata:

"Bagaimana pula dengan dosa2 mu ?"

Maka uwais berkata:

"dengan terampunnya dosa2 ibu, ibu masuk syurga dan ibu redha dengan uwais, dengan izin allah uwais juga akan masuk syurga"

Kemudian ibunya menyuruh uwais berdoa agar penyakit sopaknya itu dihilangkan allah .Namun uwais menolaknya kerana itu seolah-olah uwais tidak redha dan bersyukur dengan ketentuan allah swt.Tetapi ibunya bertegas,jika uwais ingin masuk syurga tunaikanlah permintaan ibunyaa.

Maka uwais berdoa kepada allah,agar penyakit sopaknya dihilangkan atas kehendak ibunya.Dengan kuasa allah swt serta merta allah menyembuhkannya kecuali satu tompok di lehernya kerana beliau mengatakan sopak itu sebagai anugerah dari allah. 

Itulah tanda pengenalan uwais.

Dengan izin allah,saidatina umar dan ali dapat menemui uwais dan doa mereka telah ditunaikan oleh uwais.

Sedihkan kisah ni .Sebak jah masa type ni. mengenangkan sikap diri ni yang hmmmm allah saja yang tahu.Anyway,respect lah kat uwais ni,Subhanallah betapa taatnya uwais kepada allah swt.Sebuah kisah pengajaran yang boleh dijadikan iktibar dalam kehidupan.

APAKAH IBRAH(PENGAJARAN) DARI KISAH INI?


  1. Kita haruslah sentiasa bersyukur dengan nikmat allah.Setiap yangg berlaku pada kita semuanya kerana nikmat .Kesenangan nikmat,Kesusahan juga nikmat 
  2. Kesabaran tunggak keimanan.Besabarlah dengan ujian dimuka bumi ini ,kerana antara ahli2 syurga adalah org2 yang bersabar yang sebenar-benarnya sabar.Bukan kat mulut je cakap sabar ,tapi dalam hati menidakkannya .Astarghfirullah
  3. Kasih kepada ibu dan bapa.Tenguk uwais ni punya lah sayang dekat mak dia ,kita ??? tegur sikit dah melenting( peringatan buat diri juga)


Act banyak lagi ibrah yang kita boleh ambil dari kisah ni.Kita kasi awak2 pikir sendiri yaaa.Tajamkan minda kalian hihi :) 

itu saja entry buat kali ni.Moga memberi bnyak manfaat kepada sahabat2 kita ni yaa.Sayang kerana allah .ukhwahfillah !

Unknown

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment